Kunjungi halaman yang betul untuk memudahkan penyampaian sebarang maklumat ke pengetahuan anda
Program-program kami untuk komuniti Sungai Petani dengan kerjasama pelbagai pihak Badan Bukan Kerajaan (NGO) mahupun Syarikat korporat
Ada empat elemen penting dalam menjayakan pembentukan Komuniti MYSP
Elemen ini sebagai simbol komitednya kami dalam pembangunan Sungai Petani yang gah dari segi komuniti serta infrastrukturnya yang progresif berdasarkan nilai MADANI
Sokongan anda membantu dalam merealisasikan kesemuanya
Perkasakan komuniti kita
Aktiviti sukarelawan dapat menambahkan lagi mutu kehidupan yang lebih mementingkan nilai kebajikan dan kemanusiaan














YB Dr. Mohammed Taufiq bin Johari merupakan Ahli Parlimen bagi kawasan Sungai Petani, Kedah, yang dilahirkan pada 6 Mac 1996 di Kuala Lumpur dan merupakan anak kepada Tan Sri Dato’ Johari Abdul, iaitu Speaker Dewan Rakyat Malaysia. Beliau yang berlatarbelakangkan pendidikan dalam bidang perubatan merupakan graduan Doktor Perubatan (MD) dari Universiti Islam Bandung, sebelum kemudiannya melibatkan diri dalam arena politik sebagai anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan kini memegang jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan.